Skip to main content
Assalamualaikum hari ni yana nak ajar korang macam mana nak bagi tapai manis,gebu,sedap yang paling penting terpikat hati orang tua gitu.. hehe okey sebelum yana cerita resepi rahsia ni jom kita sediakan baha-bahan dulu... :)











BAHAN-BAHAN

Daun pisang 6 pelepah atau lebih
1 kilo beras pulut
1/2 biji ragi Pak Omar
2 sudu gula

Mudahkan bahan-bahan untuk buat tapai :).okey sekarang jom yana ajar cara meyediakan dan memasak pulak.


CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK;

1.Basuh beras pulut sampai bersih sampai air jernih dalam 3 ke 4 kali.Ini supaya tapai kita nanti baru lah gebu,putih dan cantik..hehe kalau tak basuh bersih2 nanti tapai jadi kuning tak cantik kan?

2.Lepas dah cuci bersih2 rendam lebih kurang 3 ke 4 jam

3.sambil-sambil tunggu pulut yang direndam tadi boleh lah kita buat persediaan daun pisang. okey mula2 ni asingkan daun pisang dari batangnye.lepas tu kita potong jgn terlalu besar ye nanti balut takcantik dalam ukuran 6x4 je lepas tu korang lap bersih2 taw daun pisang barulah comel.kalau boleh elakan guna daun pisang yang kuning2 nanti dapat effect dekat pulut tadi.

4.pulut yang direndam tadi bolehlah dikukus.agak dalam 20 minit pulut dah separuh masak korang keluarkan letak dalam sinki dan curah air sekeliling pulut tadi pastu kukus balik sampai masak.ini untuk memastikan pulut betul2 lembut.

5.bila pulut dah masak leperkan pulut kedalam loyang atau talam sama rata tapi tak perlu tekan2 pulut tu ye just bagi rata je supaya senang nak proses meragi nanti.lepas tu biarkan pulut betul2 sejuk baru boleh meragi.

6.sementara tunggu pulut sejuk panaskan ragi Pak Omar atas tutup periuk atau non stick pan.pastikan api kecil je tau.tujuan panaskan ragi ni untuk mengaktifkan bakteria hidup yang ada dalam ragi tu.baru lah tapai jadi manis.

7.setelah ragi panas hancurkan menjadi debu atau gesek2kan dalam penapis teh lebih mudah.

8.bila pulut dah sejuk taburkan 1 sudu gula dibahagian atas pulut sama rata.kemudian taburkan separuh debu ragi Pak Omar dibhagian atas..lepas itu,terbalikkan kebahagian bawah pulut ulang step yang sama 1sudu gula dan lebihkan ragi tadi pastikan betul2 rata.

9.okey sekarang proses bungkus..korang boleh ambil 1 sudu pulut dan bungkus lah mcm nasi lemak 3 segi tu.

10.dah selesai bungkus masukkan tapai tadi dalam bekas besar.selalu yana guna periuk untuk proses memeram.alas periuk dengan daun pisang kemudian masukkan tapai sampai habis bahagian atas juga dialas dengan daun pisang dan kain kemudian baru tutup periuk tadi,sudah tutup semua rapat balut periuk dengan kain batik atau kain apa2 yang besar.

11.peram selama 30jam hingga 48jam untuk mendapat hasil yang manis dan betul2 masak.

**
JANGAN LETAK TAPAI YANG BELUM CUKUP MASA PERAM DALAM PETIAIS IA AKAN MEYEBABKAN PROSES PERAM TERBANTUT. DAN JANGAN BAGI KENA CAHAYA MATAHARI PERIUK PERAM TU YE SUHU BILIK JE.. :)



ini lah ragi yang yana guna sebab memang manis dan puas hati.1 biji ragi boleh buat 2 kilo pulut.



Selamat mencuba

Comments

Popular posts from this blog

PERBEZAAN RAGI DAN YIS

PERBEZAAN RAGI DAN YIS Tahukah Anda Apa Perbezaan Antara Ragi dan Yis? Sebenarnya ia adalah sama, berfungsi sebagai agen penaik atau fermentasi (penapai). Istilah penggunaannya sahaja yang berbeza, ada yang menyebutnya ragi dan ada yang menyebut yis. Penggunaannya tidak terhad untuk membuat roti, donut atau pau sahaja tetapi ia juga digunakan untuk membuat kuih muih seperti apam, dadar ataupun tapai. Ragi adalah micro-organisme yang aktif dengan adanya gula dan air tetapi boleh mati jika di dalam suhu yang ekstrim seperti sangat panas atau sejuk. Kebanyakkan negara yang beriklim sejuk akan mengaktifkan ragi menggunakan air suam, tetapi bagi cuaca di Malaysia, ragi boleh diaktifkan hanya menggunakan air biasa. Ragi terbahagi kepada 2 iaitu ragi kering (instant yeast) dan ragi basah (compressed yeast): 1. Ragi kering/yis segera (instant yeast) Ragi kering terbahagi kepada 2 jenis, satu berbentuk butiran (granules) dan satu lagi dalam bentuk serbuk (powder). Ragi be

APAM KUKUS GEBU (PAK OMAR RAGI WARISAN)

Resepi Apam Kukus Gebu (pak omar ragi warisan)  . BAHAN-BAHAN 🌹  Bahan A (tapai nasi) • 1 cawan nasi sejuk • 1 sudu teh ragi di hancurkan • Nasi sejuk dicampur dengan serbuk ragi digaul rata, tutup dan perap selama dua malam (48jam) 🌹  Bahan B (Apam) • 500gm tepung beras • 6 sudu gula • 3 cawan air • 1 bungkus ENO (biru) • 2 cubit garam . Cara-cara:- . 1. Masukkan BAHAN A dan BAHAN B kedalam mesin pengisar/Blender kecuali ENO. 2.Bila hendak mengukus barulah dimasukkan ENO dan gaul rata, bahagi dan warnakan mengikut citarasa anda. 3. Panaskan kukusan dahulu, tuang adunan kedalam acuan dan kukus selama 40 minit. 4. sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan/loyang. Hidangkan bersama kelapa parut dicampur secubit garam. untuk dapatkan harga borong boleh terus whatsapp saya di bawah http://wasap.my/60106691266/nakbookingtapai http://wasap.my/60106691266/nakbookingtapai http://wasap.my/60106691266/nakbookingtapai # catering   # cateringkhawin