Skip to main content

PERBEZAAN RAGI DAN YIS

PERBEZAAN RAGI DAN YIS





Tahukah Anda Apa Perbezaan Antara Ragi dan Yis?
Sebenarnya ia adalah sama, berfungsi sebagai agen penaik atau fermentasi (penapai). Istilah penggunaannya sahaja yang berbeza, ada yang menyebutnya ragi dan ada yang menyebut yis. Penggunaannya tidak terhad untuk membuat roti, donut atau pau sahaja tetapi ia juga digunakan untuk membuat kuih muih seperti apam, dadar ataupun tapai.
Ragi adalah micro-organisme yang aktif dengan adanya gula dan air tetapi boleh mati jika di dalam suhu yang ekstrim seperti sangat panas atau sejuk. Kebanyakkan negara yang beriklim sejuk akan mengaktifkan ragi menggunakan air suam, tetapi bagi cuaca di Malaysia, ragi boleh diaktifkan hanya menggunakan air biasa.
Ragi terbahagi kepada 2 iaitu ragi kering (instant yeast) dan ragi basah (compressed yeast):
1. Ragi kering/yis segera (instant yeast)
Ragi kering terbahagi kepada 2 jenis, satu berbentuk butiran (granules) dan satu lagi dalam bentuk serbuk (powder). Ragi berbentuk butiran biasanya dilarutkan terlebih dahulu dengan air suam dan gula sehingga berlakunya proses fermentasi sebelum digaul bersama tepung. Manakala yis berbentuk serbuk boleh dicampur terus ke dalam tepung bersama bahan-bahan lain.
Ragi kering lebih tahan lama dan tiada tempoh tertentu tetapi ia tidak boleh digunakan lagi jika tidak aktif (mati) dan tidak dapat mengembangkan doh. Untuk mengetahui ragi masih berfungsi atau tidak, lakukan ujian dengan memasukkan sedikit ragi ke dalam air suam, jika ia berbuih selang 5 minit kemudian, boleh dikatakan ragi itu telah mati dan tidak boleh digunakan lagi. Untuk memastikan jangka hayatnya tahan lama, ia perlu disimpan di tempat dingin seperti di dalam cabinet dan pastikan bungkusan yang telah dibuka ditutup semula dengan baik.
2. Ragi basah (compresed yeast)
Ragi basah biasanya di bungkus seperti mentega dan perlu di simpan dalam peti sejuk. Ia tidak begitu popular kerana hayatnya pendek dan mudah rosak jika tidak dijaga dengan baik. Malah ia mempunyai bau yang kuat dan tidak menyenangkan. Ragi basah perlu di naikkan dahulu sehingga berbuih iaitu dengan membancuhnya menggunakan air atau susu suam bersama gula sebelum dicampur dengan tepung dan bahan-bahan lain.
Ragi tidak boleh dicampurkan dengan garam ataupun mentega yang bergaram kerana ia akan membantut keaktifan dan mematikan ragi. Namun, ia boleh dimasukkan setelah ragi diadun bersama dengan bahan-bahan lain. Ragi akan bekerja apabila ditambahkan gula dalam keadaan suhu yang hangat.
Selain ragi kering dan ragi basah, terdapat juga ragi tempatan atau disebut ragi tapai. Ia berbentuk bulat pipih yang sering digunakan untuk membuat tapai ubi, nasi atau pulut. Ragi yang diperbuat dari tepung beras ini tidak sesuai digunakan untuk adunan roti kerana ia lebih kepada penapaian dan bukan untuk proses pengembangan roti.
nak order ragi dengan harga borong,murah dan sedap manis? boleh tekan link whatsapp saya 
http://wasap.my/60106691266/Ragiwarisan
http://wasap.my/60106691266/Ragiwarisan
http://wasap.my/60106691266/Ragiwarisan


Comments

Popular posts from this blog

Assalamualaikum hari ni yana nak ajar korang macam mana nak bagi tapai manis,gebu,sedap yang paling penting terpikat hati orang tua gitu.. hehe okey sebelum yana cerita resepi rahsia ni jom kita sediakan baha-bahan dulu... :) BAHAN-BAHAN Daun pisang 6 pelepah atau lebih 1 kilo beras pulut 1/2 biji ragi Pak Omar 2 sudu gula Mudahkan bahan-bahan untuk buat tapai :).okey sekarang jom yana ajar cara meyediakan dan memasak pulak. CARA MENYEDIAKAN DAN MEMASAK; 1.Basuh beras pulut sampai bersih sampai air jernih dalam 3 ke 4 kali.Ini supaya tapai kita nanti baru lah gebu,putih dan cantik..hehe kalau tak basuh bersih2 nanti tapai jadi kuning tak cantik kan? 2.Lepas dah cuci bersih2 rendam lebih kurang 3 ke 4 jam 3.sambil-sambil tunggu pulut yang direndam tadi boleh lah kita buat persediaan daun pisang. okey mula2 ni asingkan daun pisang dari batangnye.lepas tu kita potong jgn terlalu besar ye nanti balut takcantik dalam ukuran 6x4 je lepas tu korang lap bersih2

APAM KUKUS GEBU (PAK OMAR RAGI WARISAN)

Resepi Apam Kukus Gebu (pak omar ragi warisan)  . BAHAN-BAHAN 🌹  Bahan A (tapai nasi) • 1 cawan nasi sejuk • 1 sudu teh ragi di hancurkan • Nasi sejuk dicampur dengan serbuk ragi digaul rata, tutup dan perap selama dua malam (48jam) 🌹  Bahan B (Apam) • 500gm tepung beras • 6 sudu gula • 3 cawan air • 1 bungkus ENO (biru) • 2 cubit garam . Cara-cara:- . 1. Masukkan BAHAN A dan BAHAN B kedalam mesin pengisar/Blender kecuali ENO. 2.Bila hendak mengukus barulah dimasukkan ENO dan gaul rata, bahagi dan warnakan mengikut citarasa anda. 3. Panaskan kukusan dahulu, tuang adunan kedalam acuan dan kukus selama 40 minit. 4. sejukkan dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan/loyang. Hidangkan bersama kelapa parut dicampur secubit garam. untuk dapatkan harga borong boleh terus whatsapp saya di bawah http://wasap.my/60106691266/nakbookingtapai http://wasap.my/60106691266/nakbookingtapai http://wasap.my/60106691266/nakbookingtapai # catering   # cateringkhawin